13 banduan maut rusuhan penjara di Ecuador

Iklan
Gambar fail menunjukkan penjara Bellavista di Ecuador selepas 44 orang maut pada Mei 2022. - Foto AFP

QUITO - Seramai 13 banduan terbunuh dan dua lagi cedera pada Isnin dalam satu lagi pergaduhan berdarah di penjara Ecuador.

Insiden itu berlaku di penjara Bellavista di bandar Santo Domingo de los Colorados, kira-kira 80 kilometer dari Quito.

Iklan
Iklan

Pada Mei lalu, seramai 44 banduan terbunuh dalam pergaduhan berdarah di dalam penjara tersebut.

Pegawai-pegawai penjara, dibantu oleh anggota-anggota tentera dan polis dapat mengawal semula kemudahan itu, kata pihak berkuasa penjara negara tersebut.

Iklan

Kira-kira 220 banduan melarikan diri dari penjara semasa rusuhan Mei tetapi kebanyakan mereka telah ditangkap semula.

Rusuhan penjara yang kejam adalah perkara biasa di Ecuador yang mana kumpulan dadah berebut-rebut untuk mengawal laluan penyeludupan. - Agensi

Iklan