SWCorp didik peserta menerusi karnival

Iklan
Ismail (dua dari kiri) diiringi Rizalman melawat tapak pameran kitar semula.

Ismail (dua dari kiri) diiringi Rizalman melawat tapak pameran kitar semula.


KUALA LUMPUR - Karnival Bersamamu anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Taman Tasik Permaisuri pada 16 dan 17 Julai, membawa mesej kempen kitar semula sambil beriadah.

Pengerusi SWCorp, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, setiap peserta disyaratkan membawa sekurang-kurangnya satu kilogram (kg) barangan kitar semula.

Iklan
Iklan

Menurutnya, SWCorp menyasarkan kutipan 10,000kg barangan kitar semula dibawa pengunjung dan peserta sepanjang karnival yang berlangsung selama dua hari itu.

RIZALMAN


"Berbeza dengan penganjuran lain, Karnival Bersamamu bukan hanya mengharapkan penyertaan tetapi juga perlu disertakan dengan barangan kitar semula.

Iklan

"Contohnya, 900 peserta yang sertai pertandingan memancing bukan sahaja dikenakan yuran penyertaan RM40 tetapi perlu membawa barangan kitar semula sebanyak satu kilogram bagi melayakkan penyertaan yang menawarkan hadiah utama RM5,000," katanya pada sidang akhbar Karnival Bersamamu pada Ahad.

Jelasnya, syarat dikenakan itu bertujuan memberikan kesedaran kepada pengunjung keperluan melaksanakan kitar semula.

Ismail (tiga dari kiri) merasmikan Karnival Bersamamu di Taman Tasik Permaisuri pada Ahad.

Iklan

"Jika kita berjaya meningkatkan peratusan kitar semula, akhirnya sampah yang diuruskan di tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan.

"Selain itu, matlamat program juga adalah bagi menyeru masyarakat menjaga kebersihan. Setiap tong sampah disediakan mengikut kategori kerana kita mahu pengunjung amalkan pengasingan sisa yang kemudian boleh dipraktikkan di rumah nanti," katanya.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar.

Ismail (empat dari kiri) bersama Rizalman (tiga dari kanan) melepaskan peserta 3R Fun Ride & Hunt di Karnival Bersamamu, Taman Tasik Permaisuri pada Ahad.


Seramai 10,000 pengunjung memeriahkan karnival yang antara aktiviti disediakan termasuklah pertandingan memancing dan mewarna, 3R Fun Ride&Hunt, zumba, pesta makanan buah-buahan tempatan serta forum perdana hal ehwal Islam.

Penganjuran Karnival Bersamamu melibatkan kerjasama SWCorp dan rakan strategik terdiri 15 agensi kerajaan serta syarikat swasta antaranya Alam Flora Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SWM Environment Sdn Bhd, Environment Idaman Sdn Bhd dan lain-lain.

Matlamat program adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersih, indah dan sejahtera ke arah merealisasikan 10 matlamat termasuk 20,000 Sukarelawan Hero Kebersihan menjelang 2023, 40 peratus kadar kitar semula dan sifar sampah haram menjelang 2025.

Sasaran 40 peratus

ISMAIL


Sementara itu, Ismail berkata, kadar peratusan kitar semula setakat ini adalah 31.65 peratus dan beliau yakin sasaran 40 peratus pada 2025 mampu dicapai jika mendapat penglibatan daripada masyarakat.

Katanya, menerusi Karnival Bersamamu, ruang pameran turut disediakan dalam usaha mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan dan melakukan kitar semula.

"Objektifnya supaya orang ramai sama-sama bertanggungjawab menguruskan sampah dengan betul kerana kebanyakan sisa yang dibuang bermula dari rumah.

"Jika dahulu sampah ini dianggap sebagai benda yang tidak berguna tetapi sekarang boleh menjadi sumber kewangan dan boleh dijual jika diuruskan dengan betul," katanya.

Beliau berharap melalui karnival ini masyarakat dapat menghayati dan menjaga kebersihan serta memelihara alam sekitar sebagai budaya kehidupan dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi.

10 matlamat Bersamamu SWCorp:

- 145 program dijayakan sepanjang 2022.

- 500 sekolah menyertai Program Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) 2022.

- 148,500 premis diperiksa bagi meningkatkan amalan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (SAS) sepanjang 2022.

Antara peserta yang menyertai pertandingan memancing sempena Karnival Bersamamu yang diadakan di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak pada Ahad.


- 20,000 menyertai Sukarelawan Hero Kebersihan menjelang 2023.

- 2,000 guru dilatih mengaplikasikan Modul Latihan Kelab Kitar Semula menjelang 2023.

- 40 peratus kadar kitar semula dicapai bersama menjelang 2025.

- 70 peratus penyertaan Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) bersamaan 38,040 penduduk daripada 17 Projek Perumahan Rakyat (PPR) menjelang 2025.

- Sifar sampah haram dicapai menjelang 2025.

- 50 peratus pengurangan sisa makanan berjaya dicapai bersama menjelang 2030.

- 10,000 tenaga kerja sektor pekerja pembersihan berjaya memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menjelang 2030.