Permohonan pekerja asing tidak berdasarkan kewarganegaraan

Iklan
M Saravanan

KUALA LUMPUR - Permohonan pekerja asing oleh majikan tidak berdasarkan kewarganegaraan pekerja, sebaliknya melibatkan pekerja asing dari 15 negara sumber, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Menurutnya, kelulusan yang diberikan Kementerian Sumber Manusia untuk kuota pekerja asing berpandukan sektor pekerjaan yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing, dan bukan berdasarkan kewarganegaraan pekerja itu.

Iklan
Iklan

"Selepas majikan mendapat kelulusan kuota pekerja asing daripada kementerian ini dan setelah membuat pembayaran levi pekerja asing di Jabatan Imigresen Malaysia, maka majikan boleh menentukan pekerja asing dari negara sumber yang ingin mereka gajikan.

"Justeru, maklumat mengenai saya meluluskan 200,000 pekerja asing dari Bangladesh adalah merupakan fakta yang tidak benar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Beliau menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang ingin tahu rasional kementerian berkenaan memproses 200,000 permohonan pekerja dari Bangladesh untuk dibawa masuk ke negara ini.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) berhubung kesukaran sektor perladangan dan pembinaan mendapatkan pekerja asing, Saravanan berkata majikan yang mahu mendapatkan khidmat pekerja asing perlu membuat permohonan secara dalam talian dan tidak perlu lagi melalui ejen.

Iklan

Setakat ini, kementerian meluluskan lebih 200,000 permohonan, katanya. - Bernama