Kelantan peruntuk RM6.8 juta bantu belia terjejas Covid-19

Iklan
Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM6.8 juta bagi membantu belia di negeri ini yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, peruntukan itu melibatkan seramai 6,875 penerima.

Iklan
Iklan

"Setiap belia menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan ia diagihkan melalui 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah (Pas-Limbongan) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darul Naim di sini, pada Selasa.

Menurutnya, bantuan tersebut adalah melalui portfolio Belia, Sukan dan NGO (RM4.5 juta), portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar (RM1.35 juta) dan portfolio Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Usahawan (RM3.4 juta).

Iklan
Iklan