Langkah penjimatan tidak jejas keselamatan negara

Iklan
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun dan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) diarah melakukan penjimatan dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan berkuat kuasa serta-merta.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah penjimatan perbelanjaan yang diambil kerajaan tidak akan menjejaskan aspek keselamatan negara.

Beliau menegaskan aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan negara dan projek seperti pembinaan kem atau berkaitan kawalan sempadan tidak akan terjejas.

Iklan
Iklan

"(Aspek) keselamatan tidak akan terjejas dengan (penjimatan ini), keselamatan tetap diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Negara 2022 (PKN22) dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022 di sini pada Selasa.

Pada Sabtu (16 Julai), dilaporkan kerajaan akan menyusun semula peruntukan bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022 bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat.

Iklan

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (MOF) akan memuktamad dan mengeluarkan Waran Sekatan bagi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan dikurangkan.

Menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia - Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang dikeluarkan, MOF berkata ketidaktentuan ekonomi global, ketegangan geopolitik antarabangsa serta kenaikan mendadak harga komoditi global dan makanan telah mengakibatkan tekanan inflasi yang tinggi.

Iklan

Ismail Sabri berkata, perincian lanjut mengenai langkah penjimatan perbelanjaan yang akan dilaksanakan itu akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Bernama