PerantiSiswa: 100,000 permohonan diproses, penyerahan pada Ogos

Iklan
Annuar ketika sidang media selepas sesi Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Program PerantiSiswa masih lagi sedang berjalan dan tetap diteruskan.

Untuk fasa pertama permohonan Program PerantiSiswa yang ditutup pada bulan lalu, Annuar berkata, hampir 100,000 permohonan sedang diproses dan penyerahannya akan dibuat pada bulan hadapan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kementeriannya juga telah membuat keputusan untuk membuka sekali lagi permohonan Program PerantiSiswa mulai 1 Ogos sehingga 30 September.

"Dalam permohonan fasa kedua ini, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan kelayakan bagi pemohon peranti di bawah Program PerantiSiswa,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, fasa kedua itu akan diperluaskan kepada pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Untuk fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 yang pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan layak untuk membuat permohonan secara dalam talian mulai 1 Ogos dan akan ditutup pada 30 September bagi permohonan fasa kedua.

Iklan

"Penyerahan peranti bagi fasa kedua dijangka dapat dilakukan sebaik sahaja proses permohonan fasa dua ditutup iaitu kira-kira pada bulan Oktober akan datang,” jelasnya.

Menyentuh mengenai penularan video pendek di TikTok berhubung penggunaan minyak masak peket bersubsidi oleh penjual goreng pisang di negara ini dengan menularkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Annuar menyifatkan tindakan itu dilihat bertujuan untuk menaman kebencian terhadap pemimpin itu.

Jelasnya, video yang tular itu hanyalah separuh daripada jawapan rasmi yang diberikan Ismail Sabri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, semasa sesi soal jawab isu minyak masak peket bersubsidi.