Mayat warga emas ditemui berhampiran lebuh raya

Iklan
Mayat seorang warga emas ditemukan di sebuah kawasan berhampiran Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Selasa.

KOTA TINGGI - Mayat seorang warga emas dipercayai telah meninggal dunia sejak dua hari lalu ditemukan di sebuah kawasan berhampiran Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat lelaki tempatan berusia 74 tahun itu ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan di bahagian kaki dan kepala mangsa.

"Mayat ditemui di atas jalan bertanah merah di tepi lebuh raya ini, hasil pemeriksaan mangsa didapati meninggal dunia tidak sampai tempoh 48 jam.

Iklan

"Kita akan hantar mayat ke hospital untuk bedah siasat, kalau lihat kecederaan itu ada sedikit calar mungkin (sebab) terjatuh dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian termasuk kemungkinan akibat perbuatan jenayah.

Iklan

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

"Kita tidak boleh hendak cakap buat masa ini (kemungkinan dibunuh atau gaduh), sama ada mangsa terjatuh atau apa kerana kaki dan kepala ada luka sedikit sebab tergesel.

"Kawasan mangsa ditemui juga sedikit cerun dan tanah merah ini keras sebab sudah beberapa hari tidak hujan. Bagaimanapun kita akan siasat lebih terperinci,” katanya.