Dakwaan hutang Malaysia kedua tertinggi selepas Sri Lanka palsu

Iklan

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) menyangkal dakwaan ciapan pengguna Twitter kononnya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran berhubung keadaan ekonomi Malaysia.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tangkap layar mengenai keadaan ekonomi negara dan hutang Malaysia tertinggi selepas Sri Lanka adalah palsu.

Iklan
Iklan

"Saya harap #KeluargaMalaysia tidak mudah percaya dengan maklumat tidak sah," ciapnya di Twitter pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, Tengku Zafrul turut memuatnaik tangkap layar laporan IMF yang yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Iklan
Iklan

Malaysia berada di kedudukan ke lapan di kalangan negara Asia dengan paras hutang 63.4 peratus daripada keluaran negara kasar (KDNK).