Isu bekalan ubat dijangka selesai dua minggu lagi

Iklan
Dr Noor Azmi berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Saintifik KKM-AMM Kali Ke-14 2022 di Auditorium Perdana NIH Setia Alam pada Selasa.- Foto Bernama

SHAH ALAM - Masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan di negara ini dijangka selesai sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Dr Noor Azmi berkata, kementeriannya sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

Iklan
Iklan

"Dulu (bekalan ubat) lambat berpunca bahan mentah lambat sampai dan mungkin disebabkan permintaan mendadak tinggi atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Saintifik Institut Kesihatan Negara (NIH) di sini pada Selasa.

Selain itu, beliau berkata, kekurangan bekalan itu mungkin disebabkan krisis geopolitik Ukraine-Rusia.

Iklan

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan akan mengagihkan stok penimbal ubat-ubatan kerajaan kepada klinik dan hospital swasta, susulan timbulnya situasi kekurangan ubat-ubatan di pasaran.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu merupakan susulan kepada pengumuman yang dibuat pada 13 Jun lepas berhubung peminjaman ubat-ubatan dari klinik kesihatan dan hospital KKM kepada klinik swasta, sebagai langkah penyelesaian sementara. - Bernama

Iklan