21 penuntut sahut cabaran Trash Challenge

Iklan
Sebahagian penuntut yang meluangkan masa memunggut sampah di kawasan terbabit.

KUANTAN - Seramai 21 penuntut sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Kuantan menyahut cabaran Trash Challenge yang tular di laman media sosial dengan membersihkan kawasan pesisiran Pantai Tanjung Gosong, Pekan.

Pensyarahnya, Azsyanti Ibrahim berkata, program ini dilaksanakan bagi memenuhi topik pembelajaran mereka.

Iklan
Iklan

"Aktiviti ini diadakan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan penuntut mengenai kepentingan memelihara kebersihan pantai.

"Malah ia juga sebagai sumbangan khidmat sosial pelajar untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Beliau berkata, fokus utama aktiviti adalah memungut sampah sarap di kawasan pesisiran pantai.

Penuntut yang terlibat dalam pembersihan pantai.

"Terlalu banyak sampah-sarap seperti bekas-bekas makanan dan botol-botol minuman yang mungkin dibuang oleh para pengunjung ataupun dihanyutkan ombak ke pesisir pantai.

Iklan

"Jadi, kita ambil peluang untuk bersihkan kawasan pantai ini, namun dengan jumlah tenaga yang tidak ramai, pihak kita hanya dapat membersihkan sebahagian sahaja,” katanya.

Selain itu, Azsyanti berharap dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran pengunjung agar sama-sama menjaga kebersihan Pantai Tanjung Gosong.

Beliau turut berharap agar sukarelawan lain yang dapat meneruskan aktiviti membersihkan pantai ini pada masa akan datang.