Berhenti salahkan rakyat, lihat dari sudut peniaga

Iklan
Rodziah

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berhenti menunding jari kepada rakyat khususnya peniaga yang menggunakan minyak peket bersubsidi untuk berniaga.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, sebagai seorang pemimpin, Ismail Sabri sepatutnya menunjukkan keprihatinan lebih daripada sekadar menyatakan barangan kawalan tersebut tidak boleh digunakan untuk berniaga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ismail Sabri sepatutnya mewujudkan mekanisme untuk membantu peniaga-peniaga terbabit yang menggunakan minyak peket bersubsidi.

"Kita perlu faham mengapa sebilangan peniaga dilihat menggunakan minyak tersebut untuk menggoreng. Sesiapa yang waras tak akan mengatakan mereka itu menyelewengkan sumber.

Iklan

"Bahkan, kita tahu ia dilakukan bagi mengawal kos operasi dan menetapkan harga jualan yang masuk akal.

"Kalau terpaksa menggunakan minyak masak yang mahal, sudahnya nanti, nak jual berapa pula pisang goreng itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Rodziah berkata, kerajaan tidak patut menunding jari terhadap kesalahan usahawan, sebaliknya melihat daripada perspektif survival golongan berkenaan

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu berkata, golongan tersebut wajar dibantu apabila terdapat kajian yang mendapati sebilangan peniaga didakwa menyalahgunakan minyak masak peket bersubsidi.

"Jika menu makanan bajet bagi siswa boleh disubsidikan dan dipropagandakan, mengapa tidak diwujudkan mekanisme subsidi minyak masak tersebut bersasar kepada peniaga?

"Jika diketahui daripada statistik dan dapatan kajian mengatakan bahawa sebilangan peniaga diperhatikan menyalahgunakan minyak masak peket ini, itu sebenarnya petanda ada kelompok sasaran yang perlu diberdayakan.

"Berhenti salahkan rakyat. Gerakkan seluruh agensi berkaitan untuk menawarkan bantuan bersasar pada waktu-waktu sukar ini," katanya.