22 terbunuh nahas jalan raya di Mesir

Iklan
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 33 lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas dan trak bertembung di Wilayah Minya di selatan Mesir, dalam kejadian pada Selasa. Foto egypt today

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 33 lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas dan trak bertembung di Wilayah Minya di selatan Mesir, dalam kejadian pada Selasa.

"Sebuah bas penumpang dari wilayah selatan Sohag dalam perjalanan ke Kaherah telah merempuh belakang trak yang berhenti di tepi jalan,” kata Gabenor Osama Al Qady kepada Xinhua.

Iklan
Iklan

Nahas berlaku kira-kira 200 kilometer dari Kaherah, sementara itu mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Kemalangan jalan raya banyak berlaku di Mesir kerana infrastruktur jalan raya tidak diselanggara dengan baik selain penguatkuasaan lemah peraturan lalu lintas.

Iklan
Iklan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian jalan rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. - Bernama