Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun

Iklan
Sieh Kok Chi

ARENA sukan negara kehilangan sebutir pertama apabila bekas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi meninggal dunia pada Sabtu lalu ketika berusia 83 tahun.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria sambil menyifatkan pemergian Kok Chi merupakan satu kehilangan besar buat sukan dan pergerakan Olimpik di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kami amat berdukacita dengan berita pemergian bekas setiausaha kami yang telah lama berkhidmat iaitu Datuk Sieh Kok Chi.

"Kok Chi telah memainkan peranan yang sangat penting ke arah pembangunan sukan dan sumbangan profesional beliau memajukan Pergerakan Olimpik di Malaysia.

Iklan

"Beliau dikenali ramai sebagai salah seorang individu yang bertanggungjawab untuk kemakmuran MOM, berada di sana sejak dari awal penubuhannya sehinggalah badan ini dapat berdiri dengan kukuh sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kok Chi memulakan perkhidmatannya secara sukarela dalam MOM sejak 1974 yang mana beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan pasukan petugas sebelum dipilih sebagai setiausaha kehormat pada tahun 1992.

Iklan

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung MOM dari tahun 2013 hingga 2015 sebelum dilantik menjadi penolong setiausaha agung pada tahun 2015 hingga 2018.