MPS serbu kafe siber beroperasi tanpa lesen, anjur judi

Iklan
MPS merampas 14 unit tablet dan enam komputer riba dalam serbuan di sebuah kafe siber yang beroperasi tanpa lesen di Kawasan Perindustrian SB Jaya pada Selasa.

SUNGAI BULOH - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu sebuah kafe siber yang beroperasi tanpa lesen di Kawasan Perindustrian SB Jaya di sini, pada jam 1.30 petang Selasa.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, operasi dibuat berdasarkan aduan orang awam yang mengesyaki premis terbabit turut menjalankan kegiatan judi haram menerusi permainan video di sebuah bangunan sementara di sini sejak tiga minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai tujuh anggota penguat kuasa MPS menyertai operasi tersebut yang diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa MPS, Paramasivam Chelliah.

"Hasil serbuan berjaya merampas sebanyak 14 unit tablet dan enam komputer riba.

Iklan

"Tindakan dibuat mengikut UUK 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2007 atas kesalahan menjalankan operasi secara haram," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohamad Zin berkata, sewaktu serbuan dilakukan, pemilik premis tiada di lokasi dan hanya dua penjaga berada di dalam kafe siber tersebut.

Iklan

Bagaimanapun katanya, mereka berjaya melarikan diri melalui bumbung premis apabila menyedari kehadiran penguat kuasa MPS.