Seorang maut, dua cedera parah dalam pergaduhan

Iklan
Anggota dan pegawai polis melakukan siasatan di lokasi kejadian di Jalan Tun HS Lee pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Seorang warga asing maut, manakala dua lagi cedera parah dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Tun HS Lee di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pergaduhan itu pada jam 2.26 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan di tempat kejadian, kita menjumpai tiga lelaki warga asing berusia 30 hingga 40 tahun dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati salah seorang lelaki telah meninggal dunia, manakala dua lagi lelaki cedera parah telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, susulan itu, seorang individu berusia 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek akan direman pada Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Noor Dellhan berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan dan mengenal pasti identiti suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut.

"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi l di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.