Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023: OCA

Iklan
Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 September tahun ini telah ditunda ke 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Iklan
Iklan

SUKAN Asia ke-19 di Hangzhou, China yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 September tahun ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Temasya empat tahun sekali itu sebelum ini ditunda sehingga 2023 susulan peningkatan kes Covid-19 di China seperti yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Mei lepas.

Iklan

Kenyataan OCA pada Selasa memaklumkan sejak dua bulan lepas, pasukan petugas khas telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan Jawatankuasa Olimpik China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) dan pihak berkepentingan lain untuk mencari penyelesaian bagi penganjuran temasya itu agar tidak mempunyai konflik dengan acara sukan antarabangsa lain.

Menurut kenyataan itu, tarikh baharu berkenaan telah disyorkan oleh pasukan petugas khas dan diluluskan oleh lembaga eksekutif OCA.

Iklan

"OCA mengucapkan terima kasih kepada HAGOC, Jawatankuasa Olimpik China serta pihak kerajaan di semua peringkat untuk kerja keras mereka dalam melakukan persiapan penganjuran temasya sukan itu semasa pandemik dan memastikan ia dapat berlangsung pada tahun depan.

"OCA juga ingin menzahirkan penghargaan atas kesabaran yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Persekutuan Antarabangsa atau Persekutuan Asia serta pihak berkepentingan lain,” katanya. - Bernama