SICHUAN - CHINA. Sekurang-kurangnya 26 orang anggota bomba dilapor terkorban ketika menyertai operasi memadam kebakaran hutan di kawasan pergunungan terpencil di wilayah Sichuan.
Menurut kementerian pengurusan kecemasan, hampir 700 anggota bomba dikerah memadamkan kebakaran di lereng curam terletak di daerah Muli, Sabtu lalu.
Iklan
Iklan
Pihak berkuasa dilapor hilang komunikasi dengan kira-kira 30 anggota bomba selepas angin kuat membentuk bola api besar yang memburukkan situasi di lokasi kejadian.
Operasi mencari yang dijalankan pasukan penyelamat berjaya menemukan 26 mayat dan usaha mencari beberapa lagi kru yang hilang masih diteruskan.
Dalam pada itu, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang dilapor menyampaikan arahan bagi menangani situasi berkenaan.- AFP