BRUGES - Seorang juruterbang selamat selepas sebuah pesawat ringan yang dikendalikannya terjunam ke bumi dengan muncung kapal terbang itu seolah-olah melekat di atas jalan raya dekat bandar Bruges, Belgium baru-baru ini.
Video yang dirakamkan menunjukkan pesawat itu yang sedang mengalami masalah ketika terbang di suatu tempat berhampiran bandar berkenaan pada hari Jumaat.
Iklan
Iklan
Beberapa pegawai menyatakan bahawa keputusan juruterbang untuk menggunakan Sistem Pemulihan Balistik (BRS) yang menyebabkan payung terjun di pasang pada badan kapal terbang itu hampir pasti menyelamatkan nyawanya.
Pegawai bomba menghadiri tempat kejadian sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan tumpahan minyak dengan gambar-gambar selepas nahas itu menunjukkan buih-buih putih terdapat di jalan raya dan disembur demi keselamatan.
Namun, juruterbang itu terselamat dalam nahas terbabit dan berjalan keluar dari pesawat dengan hanya mengalami kecederaan ringan. - Agensi