LCR Honda Castrol ikat Alex Rins

Iklan
Cecchinello (kanan), bersama Rins setelah selesai urusan menandatangani kontrak pada Rabu. - foto www.gpone.com

PERSOALAN mengenai hala tuju juara tiga kali MotoGP, Alex Rins akhirnya terjawab apabila Pengurus Besar pasukan LCR Honda Castrol, Lucio Cecchinello pada Rabu mengumumkan Rins bakal mewakili pasukan berkenaan bagi mengharungi musim 2023.

Menurut Cecchinello, segala urusan termasuk urusan menandatangani kontrak bersama Rins telah pun selesai dan sekali gus mengesahkan pelumba berusia 27 tahun dari Sepanyol itu sebagai pelumba pasukan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya dengan bangganya mengumumkan (Alex) Rins, sebagai pelumba bagi pasukan LCR Honda Castrol bagi musim 2023 nanti.

"Kami berharap dengan segala pengalaman yang dimiliki Rins dapat membantu pasukan ini untuk melakar lebih banyak kejayaan kelak,” katanya.

Iklan

Pengumuman itu nyata menafikan khabar angin yang mengatakan bekas pelumba pasukan Suzuki itu berkemungkinan ‘bersara’ daripada saingan MotoGP pada penghujung musim 2022.

Malah ia turut menafikan berita yang mengatakan Rins bakal menyertai pasukan sepeti KTM dan RNF Racing bagi mengharungi musim 2023 nanti.

Iklan
Aksi Rins bersama pasukan Suzuki sebelum ini. - foto www.roadracingworld

Sementara itu Cecchinello berkata, pihaknya membuat keputusan untuk memilih Rins berdasarkan kepada rekod cemerlang pelumba berkenaan sejak kebelakangan ini.

Justeru, Cecchinello yakin, Rins bakal membantu pasukan kejayaan pasukan berkenaan dalam mengharungi musim baharu MotoGP pada 2023 nanti.

"Bagi saya, Rins merupakan seorang pelumba yang berpengalaman, pantas dan seringkali menamatkan perlumbaan pada kedudukan podium.

"Oleh itu, diharapkan kehadirannya bakal membantu pasukan ini mencatatkan lebih banyak kejayaan pada musim 2023 nanti,” katanya.