Covid-19: 3,902 kes baharu, lapan kematian

Iklan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,902 kes baharu Covid-19 pada Rabu. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,902 kes baharu Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,592,120.

Berdasarkan data daripada portal CovidNow, KKM memaklumkan terdapat tujuh kematian dengan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang direkodkan.

Iklan
Iklan

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,870 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM mencatatkan sejumlah 43,144 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 41,488 pesakit kuarantin di rumah; 1,568 menerima rawatan di hospital dan 33 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Iklan

Data itu juga menunjukkan sejumlah 16 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut sebanyak 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2,935 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,550,949.

Iklan