SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pasukan #RasuahBusters dan rakan gabungannya sekali lagi tampil mendesak kerajaan dan 220 ahli Parlimen supaya meminda segera undang-undang membabitkan Enam Tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang dikemukakan mereka pada September tahun lalu.
Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, walaupun sudah hampir setahun tuntutan itu dibuat, tidak nampak keseriusan kerajaan dan 220 ahli Parlimen selaku penggubal undang-undang untuk meminda akta berkaitan.
"Meskipun sudah hampir setahun, kita tak nampak seriusnya pembuat dasar untuk mengubah undang-undang meskipun rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia semakin berleluasa.
"Saya kira ini (rasuah dan salah guna kuasa berleluasa) dah jadi rahsia terbuka dan kita tidak boleh nafikan. Ini sedang berlaku dan impaknya adalah kepada rakyat seperti kami,” katanya pada sidang akhbar Enam Tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah ‘Apa Dah Jadi?’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.
Sidang akhbar itu turut melibatkan Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai; Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan.
Hadir sama, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh dan Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Dr Badlishah Sham Baharin.
Antara enam tuntutan politik #MalaysiaTanpaRasuah adalah penggubalan Akta Lompat Parti, mempercepatkan pembentangan dan perlaksanaan Akta Pembiayaan Dana Politik serta memastikan kebebasan dan ketelusan institusi.
Justeru, Hussamuddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf memberitahu, mereka kembali tampil ke depan untuk memberi peringatan kepada semua pembuat undang-undang supaya memulakan langkah meminda undang-undang berkaitan.
Tegas beliau, ini kerana hanya dengan meminda undang-undang barulah Malaysia boleh menjadi lebih kondusif.
"Tanpa pindaan undang-undang, walau apa pun gerakan massa yang kita buat ia akan kembali kepada asal kerana hukuman dan peraturan itu tidak jelas.
"Kita berharap perkara ini diambil serius. Ini mesej kami kepada kerajaan dan 220 orang ahli Parlimen. Buatlah sesuatu secara serius,” ujar beliau.
Hussamuddin menambah, desakan itu juga mengambil kira tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang tinggal maksimum hanya setahun lagi.
Menurut beliau, kalau dalam tempoh berkenaan kerajaan tidak melakukan sebarang perubahan seperti yang dituntut, Malaysia akan makin mundur sedangkan negara sekeliling sudah berubah menjadi negara yang lebih baik.
Katanya, berikutan itu tuntutan berkenaan perlu diletakkan sebagai agenda utama pembentangan di Parlimen ketika ini supaya pindaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
6 Tuntutan #MalaysiaTanpaRasuah
1. Pelaksanaan dan sokongan penuh terhadap Pelan Antirasuah Nasional (NACP).
2. Mempercepatkan pembentangan dan pelaksanaan Akta Pembiayaan Dana Politik.
3. Memastikan kebebasan dan ketelusan institusi khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
4. Memperkenal pilihan raya untuk memecat wakil rakyat yang melompat parti sebagai alternatif segera kepada Akta Anti Lompat Parti.
5. Pelaksanaan dan pemerkasaan Undi18.
6. Melaksanakan Reformasi Parlimen.