Beri peluang DBKL laksana penempatan bazar Ramadan: Khalid

Iklan
Khalid Samad - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta memberi peluang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melaksanakan rancangan penempatan bazar Ramadan di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata pelbagai isu dibangkitkan banyak pihak mengenai pelaksanaan itu termasuk isu kebersihan.

Iklan
Iklan

"Kalau dikatakan ia mencemarkan kawasan bangunan (Sultan Abdul Samad), soal majlis berbuka puasa pun boleh menjadi isu, tapi kami mendapati tidak membawa sebarang masalah,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan sebelum ini dilaporkan berkata operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR)/Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja.

Iklan

Lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar.

Khalid berkata pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai pelaksanaan bazar itu.

Iklan

"Harap semua bagi peluang kepada DBKL untuk laksana perancangan mereka untuk menentukan program pasar malam dan bazar Ramadan dapat dilaksana dengan lebih baik,” katanya. - Bernama