Pengumuman hibah TH, ini kata Mujahid

Iklan
Dr Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR - Kerajaan memerlukan sedikit lagi masa untuk mengumumkan pemberian hibah dan bonus Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018.

Menteri Di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tempoh masa yang lebih diambil ekoran, pihak TH perlu terlebih dahulu memastikan kedudukan kewangan bagi tahun berakhir 2018 yang belum diaudit mematuhi sepenuhnya penggunaan Malaysian Financial Reporting Standard 9 (MFRS 9).

Iklan
Iklan

"Pengumuman hibah akan dibuat setelah semakan terhadap kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun 2018 dimuktamadkan," katanya ketika sesi penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Sebelum ini, TH mula melaksanakan pelan menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira yang mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion pada 2017 dan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari lepas bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.

Iklan

Katanya lagi, pihak TH kini sedang mengemaskini dan menambahbaik Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH di mana ia akan bentangkan untuk kelulusan Jemaah Menteri.

"Ini penting dalam memastikan sebarang pengagihan hibah yang akan dibuat adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 dan mengikut kemampuan yang ada," katanya.

Iklan

Sebelum ini, TH menjangkakan pengumuman hibah dibuat pada Mac lalu.