Sri Lanka musnahkan hampir 800 kilogram kokain

Iklan
Polis Sri Lanka bersedia untuk memusnahkan hampir 800 kilogram kokain yang dirampas sepanjang tempoh Jun 2016 hingga Jun 2018. - Foto AFP

COLOMBO - SRI LANKA. Polis Sri Lanka hari ini memusnahkan hampir 800 kilogram kokain di hadapan Presiden Maithripala Sirisena yang menggesa hukuman mati dikenakan terhadap pesalah dadah.

Dadah yang dimusnahkan merupakan hasil empat rampasan berasingan antara Jun 2016 hingga Jun 2018, namun dimaklumkan lebih banyak dadah akan dimusnahkan setelah melalui prosedur mahkamah.

Iklan
Iklan

Presiden Sri Lanka itu tekad meningkatkan usaha memerangi dadah di negaranya, selain berjanji untuk mengimport peralatan canggih bagi mengesan dadah di pelabuhan dan lapangan terbang.

Pada masa sama, Sirisena turut mengulangi keinginan untuk melaksanakan hukuman mati bagi pesalah dadah yang melakukan kesalahan untuk kali kedua.

Iklan
Iklan

Susulan lawatan ke Filipina pada Januari lalu, Sirisena menyatakan hasrat meniru taktik Presiden Rodrigo Duterte dalam menangani isu najis dadah.- AFP