BEREGU lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun memulakan saingan Terbuka Taiwan dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua selepas menumbangkan wakil tuan rumah, Chang Ko-Chi-Po Li-wei.
Bagaimanapun, pasangan yang berada di ranking ke-34 dunia diberi tentangan sengit oleh beregu Taiwan itu sebelum mengesahkan kemenangan dalam pertarungan 'rubber set' 21-19, 11-21, 21-
Menanti pasangan negara itu di pusingan kedua ialah satu lagi pasangan tuan rumah, Cheng Kai Wen- Liu Kuang Heng yang menewaskan pasangan Kanada-Taiwan Kan Chao Yu-Chi Hung Liao 21-12, 21-11.
Sebelum itu, pasangan beregu profesional negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah mengesahkan tempat di pusingan kedua kejohanan itu selepas bangkit tewas pada set pertama 13-21 ke atas pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming-Tse untuk menang set berikutnya 21-19, 21-12.
Turut mara ke pusingan kedua adalah satu lagi beregu profesional negara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci selepas menewaskan pasangan Amerika, Vinson Chiu-Joshua Yuan menerusi kemenangan straight set 21-18, 21-7.
Dalam aksi persorangan wanita pula, pemain wanita negara, Eoon Qi Xuan tidak mempunyai masalah untuk mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Republik Czech Tereza Svabikova 21-12, 21-18.
Menanti Qi Xuan di pusingan kedua ialah wakil dari Amerika Syarikat, Lauren Lam yang mara selepas menidakkan cabaran wakil kanada, Talia Ng 21-15, 21-16.
Selain itu, dalam acara perseorangan lelaki pula, pemain professional negara, Song Joo Ven lolos ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara, Cheam Jun Wei dalam aksi rubber set 15-21, 21-17, 21-16.
Tugas sukar menanti Joo Ven di pusingan kedua esok apabila dijadual bertemu pilihan keenam dari Jepun, Koki Watanabe yang mara selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Yu Hsien 21-12,21-10.
Sementara itu, hasrat peminat badminton tanah air untuk melihat perseorangan utama wanita negara mara ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain India, Samiya Imad Farooqui menerusi kemenangan straight set 17-21, 13-21.
Selain Kisona turut gagal mara ke pusingan kedua ialah pemain profesional lelaki negara, Yeoh Seng Zoe yang ditewaskan wakil tuan rumah Chen Chi Ting 21-15, 13-21, 16-21.