Usaha Tok Gajah naturalisasikan Tuck, Aguero dalam perbincangan

Iklan
Stuart Ramalingam - Foto Bernama

STATUS baharu dua pemain import Sri Pahang FC iaitu pemain tengah, Lee Tuck dan penyerang, Sergio Aguero sebagai pemain naturalisasi hanya akan diketahui selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mendengar rayuan daripada kelab itu dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sudah menerima surat yang dikemukakan Sri Pahang berhubung perkara tersebut dan dipanjangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu.

Iklan
Iklan

"Setelah Ahli Lembaga Pengarah berkumpul dan mendengar kes atau rayuan dari Pahang, MFL akan kemukakan kenyataan rasmi selepas itu.

"Perkara ini masih dalam proses antara MFL dan Sri Pahang...saya boleh katakan proses tersebut berjalan sangat lancar," katanya pada sidang media Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ketiga pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Stuart berkata, perkara tersebut melibatkan peraturan yang termaktub dalam Artikel 3.4.9 Manual Liga-M iaitu Peraturan dan Syarat Status Pemain - Pemerolehan Kewarganegaraan Malaysia (Kerakyatan).

Di bawah artikel itu, mana-mana pemain memperoleh Kewarganegaraan Malaysia secara naturalisasi seperti dikuatkuasakan kerajaan dan ingin didaftarkan sebagai pemain tempatan, perlu membuktikan taraf kewarganegaraan pemain melebihi dari lima tahun sebelum tarikh perlawanan pertama musim baharu.

Iklan

Tuck merupakan pemain kelahiran England berusia 34 tahun manakala Aguero, 28, berasal dari Argentina dan kedua-dua pemain itu telah membuat penampilan dalam kancah Liga-M sejak musim 2017.

Sebelum ini, timbul khabar angin Sri Pahang dalam usaha mendaftarkan dua pemain itu sebagai pemain tempatan memandangkan kedua-duanya sudah lima tahun beraksi di negara ini.

Bagaimanapun, hasrat itu terhalang kerana peraturan termaktub dalam Manual Liga-M dan difahamkan Sri Pahang akan membentangkan rayuan supaya MFL menyemak semula peraturan tersebut pada Kongres MFL yang dijadual berlangsung September ini. - Bernama