Dua pegawai kanan Mara didakwa esok

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dijangka pada jam 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai bentuk pertuduhan yang dikenakan terhadap dua individu itu.

Pada Februari lalu, SPRM memulakan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah guna kuasa dan salah urus membabitkan beberapa pegawai kanan Mara selepas dokumen berkait dakwaan itu tular di media sosial.

Iklan

Siasatan dimulakan dengan merakam keterangan beberapa pegawai Mara Corporation (MARA Corp).

SPRM kemudian menyerbu tiga pejabat berkaitan Mara di ibu negara dan mengambil beberapa dokumen untuk membantu siasatan.

Iklan

Pada 11 Februari lalu, lima pegawai kanan Mara diambil keterangan berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan bagi mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Sebelum itu, seorang pemilik akaun Twitter mendedahkan isu salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp termasuk melampirkan enam halaman surat berhubung integriti pegawai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

Lima pegawai yang dikaitkan dakwaan terbabit turut membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur secara berasingan, menafikan terbabit dengan dakwaan itu.

Pada 14 Jun lalu, Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, SPRM sudah mencadangkan beberapa nama kepada Jabatan Peguam Negara untuk dituduh.