DERBI Lembah Klang, Selangor FC menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Kapten The Red Giants, Brendan Gan terlebih dulu meletakkan skuad kendalian Michael Feichtenbeiner di depan pada minit ke-37 untuk mendahului babak pertama.
Iklan
Iklan
Bersambung babak kedua, tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Ahmad Zikri Khalili dilayangkan kad merah pada minit ke-56.
Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya anak buah Bojan Hodak apabila tandukan minit ke-68’, Romel Morales menafikan tiga mata lawan untuk masing-masing berkongsi satu mata.
Dalam satu lagi aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka United terpaksa berpuas hati apabila sekadar melakar keputusan seri 2-2 ketika melayan kunjungan PJ City.
Anak buah Mohd Asri Ninggal terlebih di depan menerusi Emmanuel Oti pada minit ke-36'sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan pada minit ke-44’.
Bersambung babak kedua,skuad P Maniam yang bermula garang memimpin perlawanan menerusi jaringan K Gurusamy pada minit ke-64'sebelum Sony Norde menyamakan kedudukan pada minit ke-76’.