[VIDEO] Rafizi ketuai pasukan 'perang' pilihan raya PKR

Iklan
Rafizi (kiri) dan Anwar.

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Timbalannya, Rafizi Ramli mengetuai pasukan 'perang' pilihan raya parti itu.

Katanya, Rafizi akan dibantu beberapa Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR yang lalu, Fuziah Salleh.

Iklan
Iklan

"Rafizi akan diberi wewenang untuk bergerak memperkuatkan jentera pilihan raya parti secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025 pada Rabu.

Anwar menjelaskan, mesyuarat pertama MPP itu lebih terarah kepada perbincangan mengenai soal dan dasar hala tuju parti.

Iklan

"Kita bermula dengan menyusun barisan kepimpinan yang baharu, selain yang sudah diberikan mandat dalam pemilihan parti seperti diumumkan pada Kongres Nasional PKR 2022," katanya.

Iklan