Tiga maut dalam festival larian lembu jantan di Sepanyol

Iklan
Pertandingan melarikan diri daripada dilaga lembu jantan amat popular di Festival San Fermin di Pamplona, Sepanyol. - Foto AFP

MADRID - Tiga lelaki termasuk seorang pelancong Perancis maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dilanggar lembu dalam festival larian lembu jantan di timur Sepanyol minggu ini.

Dua lelaki masing-masing berusia 50 dan 46 tahun maut selepas dilanggar lembu jantan pada Selasa dalam festival yang diadakan di pinggir bandar pelabuhan timur Valencia, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan tempatan.

Seorang pelancong Perancis berusia 60-an yang dirawat di unit rawatan rapi akibat ditanduk seekor lembu jantan di sebuah kampung berhampiran Alicante pada 8 Julai lalu meninggal dunia pada Isnin, kata jurucakap itu.

Festival larian lembu jantan, yang mana sekumpulan orang berlari di hadapan seekor atau lebih lembu jantan adalah tradisi Sepanyol dan telah lama wujud di negara tersebut.

Iklan
Iklan

Banyak bandar mengadakan acara sedemikian pada setiap tahun. Festival itu diadakan di bandar utara Pamplona pada bulan Julai.

Festival San Fermin yang berlangsung selama seminggu menyaksikan beratus-ratus orang berani berlumba pada setiap pagi dengan enam ekor lembu jantan di sepanjang laluan sepanjang 850 meter di Pamplona. - Agensi

Iklan
Iklan