WASHINGTON - Rumah Putih pada Rabu menjelaskan bahawa kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang beliau menghidap kanser sebenarnya merujuk kepada diagnosis kanser kulit yang dialaminya sebelum menjadi presiden dan sudah sembuh sepenuhnya.
Ketika berucap mengenai perubahan iklim di Massachusetts, Biden mengimbau saat membesar di kawasan perkilangan penapisan minyak di negeri kelahirannya di Delaware, sambil berkata syarikat minyat itu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berleluasa di kawasan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.