Wartawan Israel minta maaf menyusup masuk ke Makkah

Iklan
Gil Tamary yang merupakan wartawan Israel menyelinap masuk ke Makkah baru-baru ini. - Foto media sosial

RIYADH - Seorang wartawan Israel, Gil Tamary mencetuskan kontroversi selepas menerbitkan video dirinya menyelinap masuk ke bandar Makkah, Arab Saudi baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia telah telah meminta maaf di atas perbuatannya itu baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Dalam klip video berdurasi kira-kira 10 minit, Tamary melawat Bukit Arafah iaitu tempat jemaah berjubah berkumpul untuk berdoa semasa kemuncak haji pada setiap tahun.

Tamary menjelaskan bahawa tahu apa yang dilakukan itu adalah salah sambil merujuk bahawa tapak itu adalah tempat yang dilarang untuk orang bukan Islam.

Iklan

Menjawab kritikan terhadap perbuatannya pada Selasa lalu, wartawan negara haram Israel itu berkata, bahawa dia mahu mempamerkan kepentingan Makkah dan keindahan tentang Islam.

Sebelum ini, beberapa wartawan Israel yang turut memegang pasport asing masih dapat melawat Arab Saudi sebelum dan semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden negara berkenaan pada Jumaat lalu.

Iklan

Setakat ini Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. - Agensi