Roti Sekaya Dapur Kayu

Iklan
Pemiliknya Roti Sekaya Dapur Kayu, Maziah Abd Rahman, 33, menunjukkan roti sekaya yang telah siap dibakar ketika tinjauan di Kampung Bukit Gemuruh hari ini.

Keunikan roti dengan inti kaya yang padat dan dibakar menggunakan sabut kelapa di dalam tin minyak menyebabkan Roti Sekaya Dapur Kayu cukup dikenali bukan sahaja di kampung ini, malahan di luar negeri.

Pemiliknya, Maziah Abd Rahman, 33, berkata roti berkenaan cukup istimewa kerana ia dihasilkan sendiri menggunakan tangan selain proses pembakarannya menggunakan kayu api dan sabut. Ia sekaligus dapat membangkitkan aroma tersendiri sehingga menjadi rebutan daripada peminat roti itu sendiri.

Roti sekaya yang dijual pada harga RM8 sebekas dengan mengandungi 10 biji roti.