Kemasukan pesakit ke wad, pediatrik di Kelantan meningkat

Iklan
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Dr Zaini)

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan peningkatan ketara kemasukan pesakit ke wad perubatan dan pediatrik di seluruh hospital negeri itu terutama hospital berpakar, sejak awal Julai lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penggunaan katil di wad hospital-hospital tersebut juga melebihi kapasiti sehingga menyebabkan waktu menunggu pesakit untuk kemasukan ke dalam wad telah meningkat sehingga empat jam.

Iklan
Iklan

"Pihak jabatan telah mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah tersebut termasuk, mengoptimumkan penggunaan katil di hospital-hospital melalui sistem koordinasi katil berpusat dan rujukan secara zoning bagi mengurangkan kemasukan pesakit.

"JKNK juga telah menukar wad-wad di hospital daerah yang mempunyai bilangan pesakit rendah kepada wad multidisiplin bagi menampung pertambahan bilangan pesakit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, langkah lain yang dilakukan termasuk meningkatkan bilangan katil di hospital-hospital daerah dan mobilasi petugas untuk pengoperasian wad-wad tambahan baharu.

"JKNK juga dalam cadangan untuk pengoperasian semula Hospital Kuala Krai sebagai langkah untuk mengatasi kesesakan yang berlaku di seluruh hospital di negeri ini sekarang.

Iklan

"Pihak jabatan berharap dengan langkah-langkah yang diambil ini, isu tersebut dapat ditangani dengan segera bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di Kelantan,” katanya.

Terdahulu tular menerusi satu perkongsian di laman Facebook, individu yang dikenali sebagai Mariah Fauzi mendakwa, hampir semua wad pediatrik (kanak-kanak) di sekitar Kota Bharu ketika ini dilaporkan penuh dan hampir tiada katil untuk pesakit baharu. - Bernama