Ibu didakwa bunuh anak perempuan berusia 11 tahun

Iklan

BATU PAHAT - Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini Khamis lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Sembakavali, 34, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa membunuh N. Maha Letchumi, 11, di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng kira-kira pukul 4.55 petang 14 Julai lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzati Rozman manakala Sembakavali tidak diwakili peguam.

Iklan

Nurasidah menetapkan 13 September ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dan terdapat kesan luka di dahi, namun tiada kecederaan di bahagian badan mangsa. - Bernama

Iklan