Klinik Kesihatan Rantau perlu dinaik taraf: Dr Streram

Iklan
Dr S Streram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bertemu penyokongnya ketika mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Pakatan Harapan di Bandar Ekar Rantau. -Foto Bernama

SEREMBAN - Calon PH bagi PRK DUN Rantau, Dr S. Streram menegaskan Klinik Kesihatan Rantau perlu dinaik taraf kerana masih tidak dilengkapi banyak kemudahan.

Beliau berkata klinik kesihatan itu tiada kemudahan x-ray, tiada makmal untuk ujian darah serta tidak mempunyai katil bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

"Klinik Kesihatan Rantau masih belum mempunyai banyak kemudahan. Malah, bagi ujian darah, perlu dihantar ke Hospital Seremban untuk mendapatkan keputusan.

"Kita mesti memberi kemudahan tersebut kepada penduduk di kawasan ini," katanya semasa ceramah khas anjuran DAP Negeri Sembilan sempena PRK DUN Rantau di sini malam ini.

Iklan

Calon BN bagi PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini dilaporkan berkata cadangan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan sedia ada di Rantau telah dikemukakannya sebelum ini, namun usaha memperbesarkan kemudahan itu tidak dapat dilakukan berikutan masalah pemilikan tanah. Sementara itu dalam ceramah yang sama, Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata adalah tidak benar pembangunan di Negeri Sembilan dihentikan apabila PH memenangi PRU14 lepas.

Beliau berkata ini kerana nilai pelaburan yang diterima di Negeri Sembilan meningkat daripada RM1.8 bilion pada 2017 kepada RM2.8 bilion pada 2018.

Iklan

"Pembangunan dan pelaburan adalah lebih baik di bawah PH," katanya.

Semalam dalam satu ceramah di Bandar Seri Sendayan, Mohamad dilaporkan berkata beliau kecewa kerana pelan pembangunan 30 tahun yang dirancangnya di Negeri Sembilan dihentikan apabila PH memenangi PRU14. -Bernama