Pakar cadang pesalah trafik didenda buat kerja sosial

Iklan
Perunding keselamatan jalan raya mencadangkan agar pesalah trafik dikenakan hukuman melakukan kerja sosial selama lapan jam sehari. - Gambar kecil:Tengku Ahmad Marwan

SHAH ALAM - Perunding keselamatan jalan raya mencadangkan agar pesalah trafik dikenakan hukuman melakukan kerja sosial selama lapan jam sehari.

Ahli Tetap Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkata, ini termasuk menampal jalan-jalan yang berlubang, menukar penghadang jalan yang rosak, membersihkan papan tanda lalu lintas dan lampu isyarat serta segala kerja berkaitan jalan raya.

Iklan
Iklan

"Pesalah tersebut perlu menjalankan kerja-kerja sosial berkenaan selama 2,880 jam (lebih kurang lapan jam sehari, 30 hari sebulan dan selama 12 bulan).

"Hukuman perlu dihabiskan dalam masa 1.5 tahun (enam bulan kita beri kelonggaran untuk waktu sakit dan lain-lain),” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Ujar beliau, kegagalan atau keengganan melengkapkan jumlah jam kerja-kerja sosial tersebut akan menyebabkan pesalah trafik dipenjara selama dua tahun dan denda sebanyak RM10,000.

Beliau berkata, usul tersebut juga akan dicadangkan dalam Mesyuarat Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia akan datang.

Iklan

"Mungkin saya akan usulkan cadangan ini dalam Mesyuarat Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia akan datang. Ya, saya benar-benar serius mengenai hal ini,” tegasnya.