Harimau Malaya asah taring berdepan gergasi Asia

Iklan
Harimau Malaya bakal mengharungi kejohanan empat penjuru di Thailand dan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Piala Asia 2023 dan Piala AFF 2022. - Foto Bernama

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mencongak langkah buat Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Asia 2023 dan Piala AFF 2022 hujung tahun ini dengan merancang beberapa aksi persahabatan.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar ketika mengesahkan perkara tersebut memberitahu, Harimau Malaya bakal mengharungi kejohanan empat penjuru di Thailand dan beberapa perlawanan persahabatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, skuad kendalian Kim Pan-gon dijadualkan menentang pasukan berstatus gergasi Asia dalam kejohanan empat penjuru itu sebagai medan persediaan sebelum Piala AFF 2022.

"Kita akan bermain dengan pasukan yang lebih baik daripada Harimau Malaya. Mengenai perkara itu, kita akan berbincang dengan ketua jurulatih Harimau Malaya berkaitan persediaan pasukan.

Iklan

"Pada masa sekarang, kami tidak boleh membuat pengumuman mengenai pasukan terbabit kerana mahu beri laluan kepada tuan rumah, manakala tempat pula sama ada di Hatyai atau Pattaya, Thailand.

"Perlawanan persahabatan pula, kita akan mengadakannya di dalam negara pada November depan manakala pasukan yang bakal datang ke Malaysia akan diumumkan kelak,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM pada Khamis.

Iklan

Mengenai venue untuk aksi persahabatan memandangkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup untuk proses penambahbaikan, Saifuddin berkata, perkara tersebut akan diputuskan kelak memandangkan pihaknya akan menilai stadium yang bersesuaian.

Beliau memberitahu, FAM juga akan mengadakan perbincangan bersama Pan-gon sama ada mahu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara dalam usaha memantapkan lagi skuad Harimau Malaya.

"Setakat ini, kita lihat dahulu tarikh perlawanan Piala Asia sama ada Jun tahun depan atau berlangsung pada 2024 sebelum merancang untuk mengadakan kem latihan di luar negara,” jelasnya.