Satu demi satu kawan terkorban

Iklan
Akmal bersama kumpulan penunggang motosikal yang diubah suai. - Foto peribadi Akmal

KOTA BHARU - Melihat sendiri rakan-rakan baik terlibat kemalangan ketika berlumba haram merupakan pengalaman yang sukar dilupakan buat seorang mekanik di sini.

Hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, pemuda itu mengakui terkesan apabila melihat satu persatu rakan terkorban dalam kegiatan berbahaya tersebut.