Presiden AS dijangkiti Covid-19

Iklan
Joe Biden - Foto Rumah Putih

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangkiti Covid-19 pada Khamis.

Beliau yang berusia 79 tahun kini sedang diasingkan daripada kakitangan dan keluarganya di Rumah Putih.

Iklan
Iklan

Biden telah dua kali menerima suntikan penggalak mengalami gejala yang sangat ringan.

Beliau akan terus menjalankan semua tugasnya, kata Setiausaha Akhbarnya, Karine Jean-Pierre.

Iklan

Presiden sedang mengambil ubat antivirus Paxlovid, tambah kenyataannya.

Selaras dengan protokol Rumah Putih, Presiden AS itu akan terus bekerja secara berasingan sehingga dia diuji negatif, kata Jean-Pierre.

Iklan

Biden juga akan mengambil bahagian dalam mesyuarat melalui telefon dan aplikasi Zoom.

Penyelaras Covid-19 Rumah Putih, Dr Ashish Jha berkata, Presiden AS itu letih dengan hidung berair dan mengalami batuk kering.

Jha berkata, Biden tidur dalam keadaan baik tetapi tidak tidur dengan nyenyak dan diuji positif pada pagi Khamis.

Pada minggu lalu, Biden melawat Timur Tengah termasuk Israel dan Arab Saudi. - Agensi