Pemilik akaun TikTok dakwa polis terima suapan dicari bantu siasatan

Iklan
Klip video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menjadi tular pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang pemilik akaun TikTok yang memuat naik klip video mendakwa sebuah kereta peronda polis disyaki mengambil suapan berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, usaha mengesan serta mengambil keterangan pemilik akaun TikTok berkenaan sedang dijalankan bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Pemilik akaun TikTok yang memuat naik video berkenaan sedang dikesan untuk diambil keterangan bagi siasatan dijalankan melibatkan video tersebut.

"Pemilik akaun TikTok atau orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda polis berkenaan diminta untuk tampil ke hadapan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.