Taylor's lancar CCDI, sedia pengalaman pembelajaran berkualiti tinggi

Iklan
Nor Saidatul Rajeah (dua kiri) dan jemputan seeta pengamal media turut dibawa melawat ke ECCE.

Nor Saidatul Rajeah (dua kiri) dan jemputan seeta pengamal media turut dibawa melawat ke ECCE.


PETALING JAYA - Universiti Taylor's (Taylor's) melancarkan Pusat Perkembangan dan Inovasi Kanak-kanak (CCDI) Taylor's secara rasminya di universiti berkenaan di Subang Jaya di sini pada Khamis.

CCDI dilancarkan sebagai menyumbang kepada aspirasi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dalam menyediakan pengalaman pembelajaran berkualiti tinggi buat pelajar awal pendidikan kanak-kanak (ECE).

Iklan
Iklan

Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Universiti Taylor's, Prof Dr Pradeep Nair menjelaskan, perkembangan awal kanak-kanak adalah masa yang mempunyai pelbagai kemungkinan.

Menurutnya, dengan penubuhan CCDI, Taylor's bermatlamat untuk memperkasakan sempadan dalam pengajian kanak-kanak di negara ini dengan komprehensif dan seterusnya memupuk ekosistem pendidikan kolaboratif.

Iklan

"Melalui program ECE ditawarkan Taylor's dan penyediaan kemudahan dilengkapi dengan teknologi inovatif, pelajar akan mendapat satu pengalaman pendidikan mendalam yang boleh membawa mereka menelusuri keputusan jitu dalam memahami cabaran sistem pembelajaran awal dan peluang untuk menangani sebarang jurang dalam sektor tersebut.

"Penggunaan CCDI dalam program kami akan menawarkan pandangan kepada pelajar untuk mengalami dan mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang berpusat di sekitar keperluan pelajar abad ke-21.

Iklan

"Ia dilengkapi dengan pelbagai sumber pendidikan berteknologi tinggi seperti ActivPanel dan kamera pemerhatian untuk menangkap audio dan video dalam pengajaran mikro dan aktiviti simulasi," katanya pada Majlis Pelancaran CCDI di Taylor's di sini pada Khamis.

Pradeep (lima kiri) bersama Nor Saidatul Rajeah (empat kiri) dan tetamu jemputan pada Majlis Pelancaran ECCE di Universiti Taylor's


Pelancaran pusat berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Dr Nor Saidatul Rajeah Zamzam Amin.

Pelancaran CCDI juga bersempena pengenalan kepada Diploma Awal Pendidikan Kanak-Kanak (DECE) sebagai bidang pengajian yang bakal dilaksanakan di Taylor's bermula pada Ogos ini.

Pradeep menambah, perkongsian Taylor's dengan rakan kongsi industri terkemuka juga dapat menyediakan pelajar kepada dunia sebenar pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.

"Pelajar akan berpeluang untuk mengembangkan keyakinan mereka dengan mengambil bahagian dalam makmal impak dan pengalaman pembelajaran dengan pelbagai disiplin kami.

"Pelajar akan dapat untuk meneroka, bekerja dengan rakan industri dan pelajar lain dari pelbagai latar belakang dan disiplin untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, DECE juga dijangka akan memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang bidang pengetahuan teras, kecekapan teras dan nilai yang diperlukan untuk pengamal terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Nor Saidatul Rajeah (duduk, dua kanan) dalam forum yang diadakan sempena Majlis Pelancaran ECCE.


Di samping itu, penubuhan CCDI dalam bidang ini, seterusnya menyokong cita-cita Taylor's untuk menyediakan program pendidikan komprehensif yang menawarkan laluan lengkap untuk pelajar muda bercita-cita tinggi dalam bidang ECE daripada kursus diplomanya di Taylor's College kepada pengkhususan ijazah dalam bidang dan pengajian lepasan ijazah yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Taylor.

CCDI, selain berfungsi sebagai bilik darjah simulasi juga bertujuan menyediakan pelbagai ruang untuk penyelidikan dan inovasi dalam pelbagai disiplin fizikal, kognitif, konteks bahasa, emosi dan sosial perkembangan kanak-kanak.

Ia juga ditetapkan untuk membangunkan lagi kemahiran teras dan kecekapan guru ECE sedia ada dan penyedia penjagaan kanak-kanak melalui pelbagai penglibatan komuniti.

Dalam pada itu, jemputan dan pengamal media turut dibawa melawat ke CCDI bagi merasai keupayaan pusat baharu itu melalui aktiviti pembelajaran kanak-kanak yang bertemakan dunia prasejarah.