KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak pernah dan tidak akan membuat kajian mengenai cuti haid buat masa ini.
KPWKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebaliknya kerajaan sedang menjalankan kajian berkaitan pengurusan haid dalam kalangan remaja perempuan bagi menambah baik pelaksanaan program Pendidikan SERI (Social Empowerment of Reproductive Health Initiatives).