Varane tak kesal pilih United

Iklan
Raphael Varane

TONGGAK pertahanan Manchester United, Raphael Varane mengakui dia langsung tidak menyesal meninggalkan Real Madrid meskipun bergelut untuk menampilkan aksi terbaik pada musim pertamanya di Old Trafford.

Bek tengah Perancis itu berkata, dia yakin dengan kehadiran pengurus baharu United, Erik ten Hag mampu untuk membantu dirinya memulihkan prestasi sekaligus dapat membantu mengembalikan kegemilangan United.

Iklan
Iklan

"Dalam bola sepak, anda perlu mencabar diri sendiri dan cuba memperbaiki diri. Saya mahu menjalani satu lagi pengalaman selepas 10 tahun di tempat yang sama.

"Liga Perdana merupakan liga yang benar-benar hebat dan Manchester United adalah kelab yang hebat. Jadi tidak ada keraguan tentang keputusan saya.

Iklan

"Malah dengan kehadiran pengurus baharu ini, ia melihatkan pasukan dengan satu perkara positif. Dia mahukan kami untuk menekan tenaga dengan lebih tinggi ketika berada di atas padang.

"Mungkin ada sesetengah pihak lihat ia memenatkan, tetapi kami di sini sangat suka dengan pendekatan itu. Jadi ia adalah permulaan yang baik untuk pasukan,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Varane menyertai United pada Ogos 2021 selepas memenangi pelbagai trofi bersama Real Madrid.

Bagaimanapun, kehadiran Varane gagal memberikan impak kepada barisan pertahan Red Devils apabila mencatat rekod pertahanan terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas pasukan itu melepaskan 57 gol dalam 38 perlawanan.