Hina agama: Perlu undang-undang lebih tegas

Iklan
Abdul Hadi (tengah) selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

MARANG - Satu undang-undang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi membendung kes menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW yang kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, usaha itu perlu kerana undang-undang sedia ada di negara ini masih mempunyai kelemahan dalam isu berkaitan menghina agama.

Iklan
Iklan

"Islam perlu diperkasakan, kita akan ambil tanggungjawab dan akan pantau (isu ini) dari masa ke semasa. Bila tiba masanya kita akan bertindak," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, tindakan lebih tegas dalam isu berkenaan adalah penting sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara yang terkandung dalam Perlembagaan.

Iklan

Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang penghantar makanan didenda RM50,000 selepas mengaku salah membuat hantaran jelik menghina agama Islam di aplikasi YouTube di Mahkamah Sesyen Sepang.

Pada Isnin pula, seorang lelaki berusia 35 tahun yang positif dadah turut ditahan kerana menghina Islam di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Kelantan.

Iklan

Dua hari kemudian, seorang penganggur di Terengganu direman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.