Niat untuk jadi juara!

Iklan
Hamidin (hadapan, enam dari kanan), bersama barisan pemain dan pegawai skuad B-16 negara. - Foto FB FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berpesan kepada barisan pemain dan pegawai skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, untuk berniat muncul juara pada Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Yogyakarta, Indonesia.

Menurut Hamidin, pihaknya yakin niat berkenaan mampu direalisasikan kerana skuad kendalian Osmera Omaro itu dilihat memiliki kelompok pemain B-16 yang terbaik.

Iklan
Iklan

"Pergi dengan niat untuk menjadi juara! Saya rasa pasukan ini boleh pergi jauh dengan pengalaman dimiliki barisan jurulatih dan pemain terbaik yang kita ada.

"Dengan pengalaman yang dimiliki barisan kejurulatihan dan juga pemain-pemain terbaik, kita boleh melepasi peringkat separuh akhir seterusnya ke final.

Iklan

"Jika berjaya muncul juara, ia sesuatu yang bagus kerana ini adalah antara pasukan masa depan kita kerana kalau nak pergi ke peringkat lebih tinggi, kita perlu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman,” katanya ketika sesi pertemuan dengan barisan pemain dan pegawai pasukan B-16 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat.

Sesi pertemuan turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell dan Exco FAM, Christopher Raj yang juga merupakan pengurus pasukan berkenaan.

Iklan

Sementara itu Hamidin menuntut komitmen tinggi daripada setiap pemain termasuk pegawai samada di dalam padang mahupun di luar padang.

Kata Hamidin, dengan komitmen berkenaan, ia pasti akan menghasilkan kejayaan kepada pasukan.

"Sudah tentu, komitmen tinggi setiap pemain dan pegawai dalam dan luar padang akan menghasilkan kejayaan kepada pasukan.

"Tekanan pasti ada tetapi saya yakin, pasukan ini memiliki kualiti. Saya doakan pasukan berjaya,” katanya lagi.

Kejuaraan B-16 AFF 2022 bakal berlangsung mulai 31 Julai hingga 12 Ogos di Yogyakarta, Indonesia itu menyaksikan skuad B-16 negara bakal beraksi dalam saingan Kumpulan C dan dijadualkan berdepan Kemboja pada 2 Ogos, Myanmar (5 Ogos) dan Australia (8 Ogos).