Kali terakhir jumpa badan Zalina susut

Iklan
Tangkap layar ketika Zalina masih menjadi pembaca berita. (Gambar kecil: Ras Adiba Radzi)

KUALA LUMPUR -"Sebelum ini masa berjumpa, badan dia pun dah susut, saya tidak mahu sibuk bertanya kerana kita ada masalah masing-masing, tapi masa jumpa dia tahun lalu dia tidak seperti biasa," kata bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi.

Beliau mengakui Zalina seorang yang ceria namun pada pertemuan terakhir tahun lalu dia seperti merasakan sesuatu yang dipendam sahabat baiknya itu.

Iklan
Iklan

"Zalina adalah seorang yang ‘very happy’ tapi kerana saya sahabat yang lama kadang-kadang dia cakap tu, raut wajah dia ataupun lirikan mata dia, saya ada merasakan ada sesuatu yang mungkin dia simpan yang berat sekali.

"Saya tidak bertanya tetapi saya tahu dia melalui keadaan yang sukar dalam hidup dan saya doa supaya dia masih bersama kita,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Album Lagu dan Buku Puisi ‘Sebatang Pohon Tua di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Iklan

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu berkata, selepas pertemuan itu dan ada cuba menghubunginya namun telefon tidak berangkat.

"Mungkin nombor yang lama sudah ditukar dan saya tidak ada nombor baharu dia,” katanya.

Iklan

Ras Adiba berkata, sebagai orang media dia menjadi serba salah kerana kehilangan Zalina di depan matanya.

"Saya tahu apa dia fikir, bijak dia macam mana dan ramai di antara kami begitu rapat dan tahu pasal dia, justeru saya pohon kepada semua orang untuk ambil gambar ataupun video supaya kita dapat lihat sekiranya itu adalah beliau.

"Sekiranya Zalina sedang mendengar ataupun sedang melihat ini, cubalah ingat kembali ketika zaman kita bertugas dulu dan saya pohon sesiapa yang nampak atau menjaga Zalina dan tahu mengenai Zalina, saya rayu tolong maklumkan, kami amat merindui dia,” katanya.

Ras Adiba Radzi

Beliau turut menafikan video yang didedahkan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah hotel di Shah Alam adalah Zalina sebenar.

"Video yang semalam itu bukan dia, saya sendiri sudah tengok,” ujarnya.

Menerusi rakaman itu, kelihatan wanita berpakaian hitam berjalan masuk ke ruang lobi sambil membawa dua buah beg namun tidak disambut oleh kakitangan hotel yang bertugas di kaunter.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lepas.

Zalina,58 dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubungi sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuknya telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.