Dua lelaki melecur, kapal bawa petrol terbakar

Iklan
Kapal membawa muatan petrol terbakar di Jeti Paitan, pada Jumaat.

PAITAN - [DIKEMASKINI] Dua lelaki disahkan melecur selepas sebuah kapal membawa muatan petrol terbakar dalam kejadian di Jeti Paitan di sini, pada Jumaat.

Difahamkan, kapal terbabit dalam perjalanan dari Pulau Jambongan, Beluran ke Paitan untuk mengambil bahan api berkenaan.

Iklan
Iklan

Semua mangsa yang belum diketahui identiti itu dikatakan menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machel berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung sebuah kapal membawa muatan petrol terbakar pada jam 5.15 petang.

Iklan

Katanya, seramai tiga anggota ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 173 kilometer dari BBP Beluran.

"Menurut maklumat, kebakaran melibatkan sebuah kapal laut dari Pulau Jambongan untuk mengambil minyak bersubsidi dan membawa muatan petrol musnah terbakar 100 peratus.

Iklan

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk pengesahan dan setakat ini dua orang mangsa dilaporkan melecur dan dihantar ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.