Sejauhmana kita kasihi saudara seagama kita...

Iklan
Sayangilah saudara seagama kita dan jangan simpan perasaan hasad dengki terhadapnya. -GAMBAR HIASAN.

SEBAGAI seorang muslim, kita dituntut untuk mengasihi saudara seagama kerana Islam adalah agama yang penuh kasih sayang.

Perkara ini jelas disebut dalam hadis Nabi SAW.

Iklan
Iklan

Sabda Rasulullah SAW:"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga dia kasih kepada sahabatnya sepertimana dia kasih diri sendiri." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Ini bermakna, seseorang yang kasih kepada sahabatnya akan berasa seronok apabila melihat rakannya itu mendapat sesuatu perkara yang apabila dia sendiri peroleh, dia juga akan menyukainya.

Iklan

Bahkan, dalam dirinya tiada langsung menyimpan perasaan hasad dengki pada sahabatnya itu dan orang lain.

Inilah makna kesempurnaan iman yang sebenar.

Iklan

Sebaliknya, jika seseorang melihat sahabatnya mendapat nikmat dan dia berasa tidak senang dengannya, maka, ada hasad dengki dalam dirinya.

Perlu difahami bahawa nikmat yang dimaksudkan di sini adalah nikmat dari sudut yang baik sahaja.

Ia tidak boleh diaplikasikan dalam konteks keburukan.

Sebagai contoh, seseorang itu gemar merokok. Dia tidak boleh turut sama memberikan rokok kepada sahabatnya semata-mata untuk memenuhi atau beramal dengan hadis ini.

Satu lagi contoh ialah apabila seseorang itu mendapat kesedaran atau ilmu tentang sesuatu perkara, dia suka sekiranya orang-orang terdekat seperti keluarganya mendapat kesedaran yang sama.

Kemudian, dia suka berkongsi ilmu yang diperolehnya kepada mereka.

Sekiranya terdapat hasad dengki dalam dirinya bermakna dia masih belum mencapai tahap kesempurnaan iman.

(Sumber: Dr Muhamad Rozaimi Ramle)