Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob .
AKM Kelantan yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital membuka tirai semalam hingga esok, bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia di negeri ini dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha memantapkan pendigitalan negara.